About Me

My photo
Saya Muhammad Aliff .Saya dilahirkan pada bulan September 2004 di KAJANG, sudah semestinya anak sejati Selangor.Kini saya berusia 7 tahun ketika blog ini di buat.Inilah perjalananan hidup saya

Sunday, February 5, 2012

Pulau Pangkor 2011

Date Taken 26 December 2011.Saya di dalam feri yang sedang merentasi lautan untuk ke Pulau Pangkor.Harga tiket feri untuk dewasa RM10 dan kanak-kanak RM5 pergi-balik(dua hala).Tempat duduk bebas.Sampai saja ke jeti Pulau Pangkor ,banyak van teksi tersedia untuk membawa ke mana saja destinasi di dalam Pulau Pangkor.Sebuah van teksi RM20 untuk seperjalanan(sehala) boleh memuatkan lebih kurnag 10 penumpang.Kalau keluarga besar untunglah cuma bayar RM20.Kalau pergi 2 orang tetap RM20 walaupun terpaksa berkongsi dengan orang lain.Jadi pandai-pandailah merancang perjalanan.Destinasi kami adalah Teluk Nipah.


Bila larut malam..suasana sepi..malam ini terasa sunyi..purnama membisu..embun pun membeku....Sedang melayani jiwa.

Sedang memilih souvenir.Banyak kedai-kedai souvenir disepanjang jalan Teluk Nipah.Rasanya di Teluk Nipah ini sajalah yang paling meriah menjadi tempat kunjungan para pelancong bercuti.

Dah pilih pun souvenir yang berkenaan dihati cuma pegang saja tapi tak beli pun.

Akhirnya opah saja yang beli souvenir kerana opah memang pengumpul koleksi fridge magnet.




Bersantai bersama keluarga ditepi pantai di waktu malam melihat bulan dan bintang serta menikmati deru angin ombak laut walaupun lautnya samar-samar disembahi cahaya neon.Bulan tak mengambang rasanya malam itu  he..he...he...he 



Berenang-renang di lautan tampak gembira sekali.

Hoore hoore hip hip hoore...hoore hoore hoore hoore...hip hip hoore hoore hooore...Bergembira...bergembira ha ha ha ha...la la la la la la la la...bergembira



Atuk sedang melayani perasaan dengan menikmati permandangan laut yang luas terbentang di Pulau Pangkor.


Kali pertama ayah memancing terus dapat sotong merasmikan pancing yang baru di beli di Pulau Pangkor.Semua ini dipengaruhi oleh Ayah Cu sememangnya kaki pancing.Sesiapa yang berminat memancing dan kebetulan dah sampai ke Teluk Nipah belilah pancing disitu harganya jauh lebih murah jika beli di luar(didaratan)anggaplah souvenir untuk diri sendiri walaupun anda bukan kaki pancing.

GAMBAR INI MEMENANGI ALBUM TERBAIK MAJALAH UMPAN KELUARAN SEPTEMBER DAN OCTOBER 2012 TERBITAN KARANGKRAF.


Girang dihati ayah berjaya candat sotong untuk kali ke 2.


Batu besar tempat memancing setelah meredahi persisiran pantai,melalui tokong cina,jungle tracking kawasan berbukit hutan akhirnya sampai jua ke destinasi.Kawasan berbatu sangat cantik untuk diabadikan dalam kenangan.


Pancing,pancing dan candat inilah hobi Ayah Cu sabar menunggu seharian demi seekor sotong.Berjemuran di bawah cahaya matahari hingga kulit macam sotong bakar.






Makan tengahari..kalau nak makan di Teluk Nipah,dinasihat cuma order makanan yang bergoreng kerana harganya RM4 dan keatas.Lagi pun harganya tetap senang nak budget.Kalau makan nasi campur harganya mahal susah nak kira pun.


Kalau nak beli souvenir baju atau pelampong,lebih elok beli di Lumut harganya lebih murah.


Kota Belanda,Dutch Fort serpihan kota yang ada di perkampungan Melayu.Kalau nak ke sini agak jauh dari Teluk Nipah jadi sewalah motor.Harga sewa motor sehari RM30 motor cabuk je laa.Scooter RM40 pilihlah yang mana suka.Bolehlah pusing-pusing pulau menaiki motor sambil singgah pekan Pulau Pangkor atau ke kilang tempat jual sotong kering,sotong gula apa-apa je lah






Antara ayah dan saya bergaya macho



Hasil candat sotong 2 hari di Pulau Pangkor Ayah Cu bersama Ayah dan sotong paling besar hasil tangkapan ayah.
Hasil tangkapan ayah sotong paling besar berjaya di candat kali ke 3 sepanjang berada di Pulau Pangkor.

Sarapan pagi,makan tengahari dan malam menu utama Nasi Lemak bungkus budget paling murah harga RM1.30 - RM1.50.Air pula 3 in 1 bancuh sendiri..jimat...jimat...jimat


Inilah chalet tempat kami 8 orang (6 dewasa 2 kanak-kanak persamaan 3 keluarga) sekeluarga berteduh terdapat 2 buah katil jenis 2 tingkat dengan kadar bayaran RM140 semalam, jadi kami tempah untuk 2 malam.Dibahagian bawah double size dan diatas single size.Biliknya agak sempit cuma muat-muat untuk tidur.Ada tv disediakan tapi kena menonton dari atas katil sebab tiada ruang untuk duduk.Bilik air begitu kecil...kalau orang bersaiz besar tentu sekali tak selesa kerana sempit.Kebanyakkan bilik chalet penuh telah ditempah sempena cuti sekolah dan public holiday.Kami pula tidak menempah chalet ibarat pergi dan redah sesudah sampai Teluk Nipah Pulau Pangkor baru mencari chalet untuk berteduh.

Ruang legar bahagian depan chalet..chalet bahagian depan ini  RM85 semalam harga cuti sekolah katil untuk 2 orang.Chalet kami tersorok di belakang chalet ini.

Pulau yang ada didepan sana adalah pulau untuk snorkeling boleh naik bot atau berkayak..kena bayarlah...free pun ada tapi kena merentasi laut dengan berjalan kaki atau berenang kalau air laut surut paras pinggang tapi kena balik sebelum air pasang.Dinasihatkan pakai life jacket untuk keselamatan.


Buai laju-laju....sampai cucur atap....bila besar nanti boleh bawa Opah bercuti

Bercanda di pasiran pantai....Sesegar ombak yang memutih....Lautan yang jernih...sungguh girang dihati Husna.

Hujung sana ada macam pulau batu di situ lah ayah memancing candat sotong.Agak jauh untuk ke sana kalau dari chalet kena meredah persisiran pantai lepas itu melalui tokong cina kemudian kena menyelusuri bukit hutan macam jungle tracking baru sampai ke batu besar tempat sesuai untuk memancing.Kalau nak lebih senang sewa je motor bawa ikut jalan raya parking di kawasan tokong cina lepas tu jungle tracking untuk ke batu besar.Hati-hati bila berada di batu besar bahaya menanti.

Kelihatan bersih pasiran pantai selepas di bersihkan oleh pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pangkor di awal pagi.Pantai yang kami sedang melepak ini adalah tempat jemuran pelancong luar negara..semuanya seksi..wahhhh juling biji mata kalau tengok.Pelancong tempatan banyak bermandi-manda sebelah sana disebelah batu besar kalau ikut laut yang memisahkan.Jalan raya pun ada tapi kenalah jalan kaki hingga ke sini,penat sikit tapi puas boleh juling-julingkan biji mata tengok pelancong luar negara berjemuran.


Welcome to Pulau Pangkor,Perak.Kenangan abadi Opah dah Husna.

Date Taken 28 December 2011.On the way menaiki feri menyeberangi lautan untuk ke tanah besar Lumut ....yang sedang memanggil-manggil menanti kepulangan kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...