About Me

My photo
Saya Muhammad Aliff .Saya dilahirkan pada bulan September 2004 di KAJANG, sudah semestinya anak sejati Selangor.Kini saya berusia 7 tahun ketika blog ini di buat.Inilah perjalananan hidup saya

Friday, January 20, 2012

Hari Raya AidilAdha 2011(Korban)

Hari raya Aidiladha juga dikenali sebagai Raya Korban ataupun Raya Haji.Saya bersama sepupu Dian berada di halaman Masjid untuk menyaksikan korban kerbau.Di belakang saya ada sekekor kerbau yang dibeli oleh moyang saya untuk di jadikan korban.1 ekor lembu dan 4 ekor kerbau akan di korban.Agak banyak 5 ekor bagi penduduk kampung yang tak begitu ramai.
Gotong-royong untuk memasak daging kambing kekah.Kebetulan pada hari Raya Aidiladha ada juga orang yang membuat kekah di Masjid

Sepupu saya Husna

Atu Khalid sedang memotong daging korban.
Mak Su Ann dan anaknya.
Ini opah saya ,Opah Puziah bersama adik bongsu Atuk Cu Khairil Anizan dan Husna

Inilah kerbau yang dibeli oleh moyang saya untuk dikongsi 7 bahagian bersama 5 anaknya,1 orang cucu termasuklah  moyang
Ini atuk saya Atuk Ramli...rasanya kali pertama atuk melapah daging korban

Inilah moyang saya Ngah Rahmah dilahirkan pada tahun 1924...jadi kira la sendiri berapa usianya.

Kerbau yang berjaya di tumbangkan.





Kenangan yang tak dapat dilupakan....sedang asyik melihat kerbau ditumbangkan akhirnya tahi kerbau terlanting mengenai jari tangan saya...lintang pukanglah saya berlari mencari air untuk basuh tangan.....ehhhh geli rasanya kotor...


Saya bersarapan mee goreng bersama Husna...sarapan disediakan oleh penduduk kampung.
Kerja menimbang dan mengagih daging korban untuk diberikan kepada orang kampung
Sedang melapah daging korban.
Berada di hentian RnR on the way nak balik Semenyih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...