About Me

My photo
Saya Muhammad Aliff .Saya dilahirkan pada bulan September 2004 di KAJANG, sudah semestinya anak sejati Selangor.Kini saya berusia 7 tahun ketika blog ini di buat.Inilah perjalananan hidup saya

Sunday, July 17, 2011

Pulau Tioman,Pahang

                                             Date Taken 15 July 2006

 Dalam perjalanan ke Pulau Tioman.Hampir 2 jam baru sampai.


Baru sampai berehat sekejap di dalam chalet



Dalam bot perjalanan untuk pergi snorkelling.Speed boat berayun-ayun melawan ombak.Punyalah kuat angin ,nasib baik di pegang opah dan atuk.
Dah sampai pun dekat pulau khas untuk snorkelling.Ini saya dengan ayah sedang snorkelling.Saya duduk dalam pelampung saja dengan memakai live jacket.Seksa rasanya pakai live jacket ini, tak boleh bergerak bebas.


Akhirnya pemandu bot minta ayah bukakan live jacket ,kesian tengok saya tak boleh bergerak.Pemandu bot memberi jaminan akan sentiasa melihat saya agar selamat.Maklumlah ahli keluarga saya semuanya tak pandai berenang harapkan live jacket untuk terapung lebih-lebih lagi dalam laut.Kemudian kami ditinggalkan di pulau ini bersama bekal makanan tempat kami snorkelling .Dalam pulau ini tinggal juga sekawan biawa besar .Bila kami buka saja makanan semua biawak ni datang dekat kami,mungkin sebab lapar amat menakutkan.Pemandu bot akan datang 1 jam kemudian.
Inilah contoh biawak(gambar insan internet) yang ada dalam Pulau Tioman dan pulau untuk snorkelling.Gambar sebenar biawak mama dah delete.Mama kata buat apa simpan biawak.

Permadangan laut Pulau Tioman...sangat cantik..air lautnya jernih..mungkinkah saya dapat kembali ke sini lagi.

                                        Date Taken 17 July 2006

wahhhhhhh ....banyaknya ikan....semuanya dekat jeti,jernih airnya...rasa macam nak guna sauk untuk tangkap ikan.
Kenyang orang Pulau Tioman makan ikan.





Buai laju-laju.

Seksinya kakak-kakak yang sedang berjemur ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...