About Me

My photo
Saya Muhammad Aliff .Saya dilahirkan pada bulan September 2004 di KAJANG, sudah semestinya anak sejati Selangor.Kini saya berusia 7 tahun ketika blog ini di buat.Inilah perjalananan hidup saya

Tuesday, July 12, 2011

About Me

Muhammad Aliff bermaksud yang terpuji,dirahmati,yang mesra,kawan rapat.

Beberapa jam selepas dilahirkan.Gambar diambil menggunakan handphone berkamera.Masa tu handphone berkamera taklah secanggih macam sekarang.Sekurang-kurangnya ada juga gambar masa lahir walaupun tak berapa jelas.Saya dilahirkan dengan berat 3.7kg ,lilitan kepala 33cm,panjang 50cm.Mama saya bersalin secara normal.Awal seminggu dari due date.Bersalin ini pun secara paksa kerana air ketuban kurang.Doktor kata alang-alang datang medical check bolehlah bersalin terus.Masuklah mama saya ke wad walaupun belum masanya untuk saya melihat dunia.Saya dilahir pada 25 September 2004 pada hari sabtu ,pukul 1.20 pagi.Dan keluar Hospital pada petang hari sabtu.Pada hari selasa 28 September 2004,jururawat datang ke rumah untuk membuat membuat pemeriksaan kesihatan dan saya disyaki demam kuning.Jururawat menasihat mama agar membawa saya ke Klinik Kesihatan Jalan Sememyih untuk rawatan susulan.Mama dan ayah terus membawa saya ke klinik dan darah diambil untuk pemeriksaan.Saya menangis kesakitan ketika dicucuk untuk diambil darah.Akhirnya saya di sahkan menghidapi demam kuning dan saya dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan seterusnya.Saya ditempatkan di wad ibu dan anak memandangkan saya masih bayi.Sekali lagi darah saya diambil dan dicucuk menangislah saya sekuat hati menahan kesakitan.Demam kuning makin bertambah kuat sehingga mencapai 20.2 ketika dimasukkan di wad.Saya dan mama dipindahkan lagi ke wad ICN untuk bayi bermasalah.Di wad tersebut saya diberi sebotol kecil susu dan dikehendaki berpuasa selama 6 jam semasa rawatan dibuat.Mata ditutup dengan kapas dan saya terpaksa berbogel..ehh malunya..diletakkan didalam tab(katil) dipancarkan dengan cahaya lampu biru.Jururawat menyuruh mama menyediakan puting plastik.Pergilah ayah saya mencari puting plastik di waktu malam.Kaki saya dicucuk lagi dengan jarum untuk di masukkan air.Dan tidurlah saya tanpa pakaian didalam kesejukan air-cond dalam wad.Seketika kemudian saya terjaga di sebabkan kelaparan dan kesejukkan,saya menangis meminta susu tapi mama saya cuma memberi puting plastik kerana saya terpaksa berpuasa akhirnya saya senyap sekejap.Kemudian saya terjaga lagi ,kali ini saya menangis sekuat hati,sambil menghentak kaki pada dinding tab hingga tercabut tiup pada kaki dan darah mengalir sedikit.Mama saya terkejut lalu memanggil jururawat untuk melihat saya,kemudian tiub dipasang semula.Mama saya menangis mengenangkan saya sakit,kelaparan dan kesejukan.Saya di tahan di wad selama 3 hari.Orang lain tidak dibenarkan melawat kecuali ayah.Saya dan mama ditempatkan katil tepi tingkap dapatlah opah dan atuk melihat dari tingkap.

Inilah saya selepas sihat dari demam kuning.Dilahirkan dengan rambut lebat ,berpipi tembam pipi labuh kata saudara saya.

Saya tak suka pakai stoking.Mama selalu pakaikan stoking tapi saya akan tarik dan buang.
Cari dimana saya.Cuba teka...hehehehehe...tu nampak tak dalam perut mama

                                                               Ni mama saya.
Opah......Opah...bersama opah tersayang.....saya cucu pertama.


Dalam walker bergerak bebas ke hulu ke hilir .Di mana ada mama ,saya akan ikut sehingga saya terlanggar meja yang ada kipas dan kipas tersebut jatuh tepat di atas kepala saya .Apa lagi menangislah sekuat hati menahan sakit.

Saya tak suka pakai topi.Setiap kali di pakaikan topi, saya akan tarik dan membuangnya

 Saya bersama ayah....dan ayah pernah ceritakan masa saya baby(seperti gambar diatas)ayah bawa saya ke kedai..pekerja kedai tengok dari atas hingga ke bawah dan bertanya pada ayah yang saya ini anak ayah ke,macam tak percaya..sebab warna kulit tak sama..heheheheheh ...warna kulit ikut mama...
Saya bersama sepupu(2pupu) Dian.






 Hilang comel saya berambut pendek...tak sesuai dengan rupaku... mama ,ayah lepas ini jangan potong rambut pendek lagi.
Saya pernah terjatuh dari katil ini..tersembam pipiku diatas lantai kerana kelasakkan saya memanjat apalagi menangislah sekuat hati menahan kesakitan.Nasib baik pipi je lebam .Mama tengah masak jadi saya di letakkan dalam katil ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...