About Me

My photo
Saya Muhammad Aliff .Saya dilahirkan pada bulan September 2004 di KAJANG, sudah semestinya anak sejati Selangor.Kini saya berusia 7 tahun ketika blog ini di buat.Inilah perjalananan hidup saya

Sunday, July 31, 2011

Hot Air Balloon Fastival 2011

                           Date Taken 19 March 2011

















Diary

1 August 2011
Hari Pertama Puasa.
Hari ini hari pertama saya mula berpuasa dan juga merupakan tahun ke 2 saya berpuasa.Mama kejut saya bangun sahur pukul 5.00pagi...aduh rasa mengantuknya tapi terpaksa juga bangun.Mama kata kena makan nanti lapar...walaupun tekak rasa tak selera makan tapi terpaksa juga saya telan.Selasai makan dan minum serta baca niat puasa,saya sambung semula tidur dan sempat lagi minum susu botol.

Futsal 2011

Date Taken 23 July 2011.Kali pertama saya bermain futsal bawah 9 tahun.Semua kawan-kawan baru.Mereka anak kepada kawan-kawan ayah .Kami dikumpulkan untuk bermain futsal anjuran Hitachi karnival.Memandangkan saya tak pernah bermain dan tak pandai bermain pun akhirnya pasukan kami kalah malah berada ditempat akhir.









Wednesday, July 27, 2011

Majlis Akikah dan Naik Buai

Date Taken 22 November 2004.Ketika ini saya berusia 2 bulan majlis akikah dan naik buai dibuat.
Majlis akikah dan naik buai diadakan di Kampung Sayong Tengah Kuala Kangsar Perak ,keluarga sebelah mama.Kami merupakan cucu sulong bagi keluarga masing-masing di sebelah mama.Dian merupakan cicit pertama dan saya cicit ke dua.Majlis ini diadakan serentak dengan majlis perkahwinan Atuk Cu saya,anak bongsu kepada moyang,adik kepada opah saya.
Saya ,mama,ayah serta Pak Ngah Gom,Mak Ngah Noli dan anak mereka Dian


Acara memotong rambut (jambul)saya oleh tetamu.



Baca Doa dan nasihat di lagukan.

Istana,Muzium dan Tugu Negara

 Date Taken 3 February 2011.Kali pertama jejak depan pintu Istana Negara.


 Permandangan luar pintu depan Istana Negara.(Gambar dari internet)
 Muzium Negara. Sudah beberapa kali saya datang melawat Muzium Negara bersama opah dan rombangan masa saya tadika cuma tiada bergambar.Kali ini saya datang semula memenuhi hajat ayah yang tidak pernah jejak Muzium Negara dan ini merupa kali pertama ayah saya sampai ke sini.Tapi sayang cuma ada sekeping saja gambar di Muzium kerana bateri kamera lupa nak caj.Mungkin saya akan kembali lagi melawat Muzium Negara dan akan ambil banyak-banyak gambar untuk dipertontonkan..tungguuuuuuuuu

 Pemandangan keseluruhan Muzium Negara.(Gambar dari internet)
 Tugu Negara.Kali pertama juga saya sampai di sini.Tugu Negara harus dilawati bagi memperingati perjuang-perjuang negara.Sebelum ini saya ada bergambar bersama Replika Tugu Negara.Kali ini yang sebenarnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...